Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.

IPOH – Inisiatif Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang dilaksanakan di Selangor bukan diilhamkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi cetusan idea bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dakwa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata oleh itu menteri besar Selangor itu tidak boleh berbangga dengan menyatakan beberapa inisiatif dalam Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas telah dilaksanakan oleh pentadbirannya sedang beliau meniru idea orang lain.

“Menteri Besar Selangor itu mendakwa Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang diperkenalkan dalam Bajet 2018 meniru Tawas sedangkan Tawas diilhamkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin baru-baru ini yang mendakwa sesetengah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2018 sudah diperkenalkan di Selangor seperti ADAM50 dan program Mybrain.

Saarani berkata kerajaan Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd juga telah memperkenalkan inisiatif seumpamanya iaitu Tabung Pendidikan Amanjaya pada 2010.- BERNAMA

Comments are closed.