Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Usaha pembangkang yang berdegil tidak mahu menerima pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan berkempen menghapuskannya adalah bukti mereka tidak tahu menguruskan ekonomi, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, pembangkang ketandusan idea apabila hanya mampu menawarkan langkah untuk menghapuskan GST bagi membangunkan negara dan tiada tawaran lain yang boleh dibuat selain itu.

“Kalau nak membangunkan (negara) semata-mata dengan hapuskan GST, ini adalah satu andaian yang dibuat oleh pembangkang, yang tak reti langsung nak kira dari segi kedudukan nak menjalankan pengurusan ekonomi negara.

“Bukan seperti mereka, kerajaan BN akan membantu rakyat keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi membidas Mohamad Imran Abdul Halim (PKR-Lumut) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Imran dalam soalan tambahannya mendakwa rakyat akan lebih selesa sekiranya GST dimansuhkan.

Pembangkang Pakatan Harapan (PH) dalam Bajet Alternatif mencadang untuk menghapuskan GST sekiranya berjaya memerintah negara dalam pilihan raya umum nanti. – MalaysiaGazette

Comments are closed.