George Papadopoulos

WASHINGTON – Seorang penasihat kempen pilihan raya Donald Trump mengaku bersalah kerana berbohong kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung pertemuannya dengan Rusia.

Beliau terlibat dalam siasatan campur tangan Moscow dalam pilihan raya Amerika Syarikat pada tahun lalu.

George Papadopoulos mengakui perbincangan itu berlaku semasa beliau bekerja dengan Trump, menurut kertas mahkamah.

Beliau memaklumkan bahawa Rusia ‘main kotor’ dengan Hillary Clinton.

Pertuduhan terhadap Papadooulos adalah pendakwaan pertama oleh Robert Mueller, peguam khas yang menyiasat kes berkaitan Rusia dengan kempen Trump.

Menurut dokumen mahkamah, bekas penasihat polisi Trump mengaku menghalang siasatan FBI pada 5 Oktober lalu berhubung kaitan dengan Rusia.

Semasa beliau disiasat oleh FBI pada Januari lalu, Papadopoulos telah membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dua individu yang mempunyai kaitan dengan Rusia sebelum menyertai kempen Trump pada Mac 2016.

Sebaliknya, Papadopoulus telah menemui individu berkenaan selepas menyertai kempen Trump.

Salah seorang wanita yang tidak dinamakan, Papadopoulos percaya mempunyai hubungan dengan pegawai-pegawai kerajaan Rusia.

Papadopoulos mengakui mahu menggunakan hubungan wanita itu bagi megatur pertemuan antara pegawai-pegawai kempen dan pegawai-pegawai kerajaan Rusia.

Seorang lagi adalah profesor yang tidak bernama dan berpangkalan di London, juga dikatakan mempunyai “hubungan besar kepada pegawai kerajaan Rusia”.

Profesor itu hanya berminat dengan Papadopoulos kerana statusnya dalam kempen Trump, kata kenyataan itu.

Rusia didakwa ‘main kotor’ dengan Clinton dalam bentuk ‘beribu-ribu emel’ yang didakwa disebut oleh profesor itu semasa pertemuan pagi di sebuah hotel di London pada pukul 26 April tahun lalu.

Profesor itu berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai emel yang mengejutkan apabila bertemu dengan pegawai kanan kerajaan Rusia dalam perjalanan baru ke Moscow. – MalaysiaGazette