Peter Gulacsi

ENGLAND – Peter Gulacsi dikenalpasti pengganti paling sesuai untuk Petr Cech untuk jangka panjang di Arsenal musim hadapan.

Bagaimanapun, Arsenal berdepan saingan sengit daripada Chelsea yang turut mengejar khidmat penjaga gol RB Leipzig.

ESPN Sports melaporkan Cech masih menjadi penjaga gol utama the Gunners.

Cech akan mencecah usia 36 tahun Mei tahun depan dan berada di penghujung kontrak selama 18 bulan terakhir.

David Ospina dan Emiliano Martinez yang sedang dipinjamkan ke Getafe musim ini, berjaya meraih kepercayaan Arsene Wenger.

Kini Wenger dalam pencarian pengganti sesuai untuk bekas bekas bintang Chelsea itu.

Wojciech Szczesny dikhabar sebagai suksesor Cech tetapi dia telah dijual kepada Juventus semasa dipinjamkan ke AS Roma.

ESPN juga mendakwa pemerhati pemain dri dua kelab England itu telah menyaksikan aksi Gulacsi bersama RB Leipzig yang tewas 2-0 kepada Bayern Munich Sabtu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Chelsea turut mengintai pemain berkenaan ekoran Real Madrid memantau Thibaut Courtois yang masih belum bersetuju penyambungan kontrak bersama the Blues di Stamford Bridge. – MalaysiaGazette