Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata UMNO perlu berdiri atas kaki sendiri dengan memperkukuh kekuatan, integriti serta kepercayaan di peringkat akar umbi. Beliau turut memaklumkan perundingan dengan rakan strategik boleh dipertimbangkan selepas DUN Melaka dibubarkan.















