Home Nasional PLUS tutup lorong kanan KLIA-Nilai

PLUS tutup lorong kanan KLIA-Nilai

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan menutup lorong kanan (kedua-dua arah) bermula dari KM34 hingga KM36.5 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA ke Nilai Utara di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mulai 8 November ini hingga 6 Februari 2018.

Penutupan lorong tersebut bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan konkrit penghadang jalan dan pemasangan struktur papan tanda dilaksanakan di satu persimpangan bertingkat di lebuh raya terbabit.

PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast