Dalam kejadian kira-kira 4 petang Jumaat tiga lelaki berumur antara 28 hingga 49 tahun sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki.

RAWANG – Satu mayat daripada tiga mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang di Rawang di sini, ditemui petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa ditemui pada jam 2.50 petang.

“Buat masa ini identiti mangsa belum dapat dipastikan kerana badannya dipenuhi minyak hitam. Usaha mengesan dua lagi mangsa masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, tiga lelaki berumur antara 28 hingga 49 tahun sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki berkenaan.

Susulan itu pasukan penyelamat terpaksa mengeluarkan lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu bagi mencari mangsa terbabit. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast