KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucap terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjawab panggilan telefonnya hampir pukul 3.30 pagi tadi.
Guan Eng dalam posting video di Facebooknya berkata, beliau membuat panggilan itu untuk mendapatkan bantuan tentera selepas keadaan banjir di Pulau Pinang semakin buruk.
Sebahagian besar Pulau Pinang ditenggelami air berikutan hujan lebat dan angin kencang, turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.
“Beliau berjanji akan menghantar tentera untuk menyelamat Pulau Pinang.
“Harap semua bersabar,” kata Guan Eng dalam video itu.
Katanya, keadaan bertambah genting, banjir terus meningkat, air naik sampai bumbung, angin ribut masih kuat dan pusat pemindahan tidak ada bekalan elektrik
Guan Eng turut meminta mangsa-mangsa banjir bersabar dan akan memastikan bantuan tiba. – MalaysiaGazette