Home Nasional Rapid Penang henti perkhidmatan sementara

Rapid Penang henti perkhidmatan sementara

GEORGE TOWN – Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan bas berikutan banjir besar melanda negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata, banyak jalan utama telah dinaiki air.

“Demi keselamatan orang ramai, kami tidak mempunyai pilihan selain menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu.

Rapid Penang juga meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini. – MalaysiaGazette