RIYADH – Putera Turki bin Abdullah, pengasas Petrosaudi, syarikat yang terlibat dalam dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah antara 11 putera kerabat diraja Arab Saudi yang ditangkap dalam kes rasuah Sabtu lalu.
Putera Turki adalah bekas gabenor wilayah Riyadh.
“Seorang pegawai Saudi berkata, bekas pimpinan Gabenor Riyadh, Putera Turki bin Abdullah ditahan atas tuduhan rasuah dalam projek Metro Riyadh dan memanfaatkan pengaruhnya untuk memberi kontrak kepada syarikatnya sendiri,” lapor Reuters.
Putera Turki merupakan putera ketujuh bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, dilantik menjadi Gabenor Riyadh pada 14 Mei 2014.
Beliau disingkirkan daripada jawatan itu selepas kematian Raja Abdullah pada 23 Januari 2015.
PetroSaudi ditubuhkan pada tahun 2005, merupakan syarikat minyak milik Putera Turki dan rakannya, Tarek Obaid, seorang bekas kakitangan bank.
Syarikat itu bermula daripada sebuah firma penggerudian dan medan minyak kepada dagangan dan membuka pejabat di daerah Mayfair, London. – MalaysiaGazette