Home Ekonomi Donald Hanna Ketua Ekonomi CIMB

Donald Hanna Ketua Ekonomi CIMB

KUALA LUMPUR – Kumpulan CIMB melantik Dr. Donald Hanna sebagai Ketua Kumpulan Ekonomi mulai 1November lalu.

Hanna yang memulakan karier dengan Bank Dunia di Washington dan Jakarta, berpengalaman dalam pengurusan makrokonomi bagi pelbagai institusi kewangan global.

Beliau juga telah menubuh dan menguruskan sebuah pejabat penyelidikan makro yang berpusat di Asia.

Hanna terkenal dengan kepakaran beliau dalam kedua-dua perkembangan makroekonomi dan global ASEAN dan dasar.

Semasa Krisis Kewangan Asia, Hanna terlibat menyediakan khidmat nasihat kepada pembuat dasar dan korporat di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia.

Beliau sebelum ini berpangkalan di CIMB Hong Kong dan pemegang Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Harvard, juga Lembaga Penasihat bagi Pusat Analisis Gunaan di Universiti Australia dan berada dalam Kumpulan Penasihat Bank Pembangunan Antarabangsa Asia. – MalaysiaGazette