Pengurus Besar (Perhubungan Awam & Dalaman) TNB, Datuk Omar Sidek (tengah, baju kolar merah) menyerahkan jersi tajaan TNB kepada Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Mokhtar Hussain (tengah, berkaca mata) sebelum sepak mula perlawanan persahabatan antara TNB dan Bernama FC di Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Bangsar Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Perlawanan persahabatan bola sepak antara TNB dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dilihat sebagai satu platform dalam memperkukuhkan lagi hubungan baik sedia ada antara TNB dan pengamal-pengamal media tempatan disini baru-baru ini.

Menurut Pengurus Besar (Perhubungan Awam & Dalaman) TNB, Datuk Omar Sidek, penganjuran sukan persahabatan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik sedia ada antara TNB bersama pihak media tempatan.

“Kita juga menghargai jasa baik pihak media yang selama ini membantu TNB menguar-uarkan berita-berita positif mengenai TNB kepada masyarakat,” katanya selepas menyempurnakan simbolik penyerahan set jersi tajaan TNB kepada Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain di sini, Sabtu lalu.

Sementara itu, Mokhtar turut berterima kasih kepada TNB yang selama ini membantu serta memberi kerjasama yang baik dengan pihak BERNAMA.

“Diharapkan kerjasama TNB dengan pengamal-pengamal media tempatan dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk kebaikan bersama,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.