GEORGE TOWN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini bertafakur selama satu minit bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini Ahad lepas.
Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta seluruh anggota DUN untuk sama-sama bertafakur ketika beliau membuat pengumuman khas antaranya bantuan RM500 untuk setiap isi rumah yang ditimpa banjir, sebelum sesi perbahasan bermula.
“Bantuan secara sekali gus itu dibuat menerusi program’?Pulau Pinang Bangkit’ melibatkan peruntukan RM100 juta untuk membina semula kehidupan mangsa-mangsa banjir.
“Ia merupakan program pascabencana kerajaan negeri tiga cabaran terbesar yang dihadapi ialah kerja pembersihan, kerja membaik pulih harta dan aset serta menggantikan apa yang tidak boleh dibaiki,” katanya.
Beliau berkata setiap keluarga atau perniagaan hanya boleh memohon sekali untuk kerugian hartanah mereka dan bayaran itu akan dibuat sebelum penghujung tahun.- BERNAMA