Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Huawei Asia-Pacific Innovation Day (APIC 2017) di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 09 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan sistem pendigitalan aset dan operasi kepolisan moden sebagai langkah membanteras jenayah menggunakan teknologi terkini.

Bagi tujuan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia hasil cadangan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Ia termasuk proses pendakwaan penjenayah.

Katanya, pembuktian konsep, kepolisan moden selama dua bulan akan dilakukan oleh PDRM di lebih 200 kawasan panas yang dikenalpasti berlaku pengedaran dadah dan kawasan kemalangan.

“Dengan pendigitalan ini, penting bukan hanya sekadar kamera litar tertutup biasa, tetapi ia akan Kamera Litar Tertutup Pengesanan Automatik Berdefinisi Tinggi yang mampu mengesan sebarang perlakuan jenayah dan menjejaki suspek mengikut piawaian antarabangsa.

“Ia memerlukan pelaburan tinggi tetap ada penyelesaian pembelian perkakasan peralatan itu mengikut tempoh perkkhidmatan lebih 15 tahun mengikut teknologi sedia ada tetapi jika ia berubah perlu diteliti menaik taraf atau menukar peralatan.

“Ia telah dibincangkan namun tak dapat dimuktamadkan kerana memerlukan pelaksanaan secara berkesan mengambil kira semua aspek kerana jika membeli aset itu bimbang nilainya menyusut.

“Ketika ini Pemandu sedang menunggu laporan POC daripada polis dan kemudian barulah agensi itu akan melihat dua aspek iaitu penggunaan teknologi dan pakej kewangan yang diperlukan untuk tempoh sederhana dan berjangka panjang,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita hari ini.

Beliau bercakap pada sidang media selepas ucaptama pada Majlis Hari Inovasi Huawei Asia -Pasifik 2017 di ibu negara di sini.

Katanya, Pemandu akan mempertimbangkan mengenai kelulusan pemasangan kombinasi, kompleks perniagaan serta agensi-agensi lain agar peralatan digital canggih itu tidak hanya digunakan satu pihak sahaja tetapi boleh dikongsi bersama.

Kemudian katanya, kerajaan akan memuktamad dan akan mula melaksanakan peralatan berteknologi tinggi itu dalam tempoh 24 bulan secara berperingkat.

Ditanya mengenai sasaran penurunan jenayah dengan pemasangan peralatan canggih itu, Ahmad Zahid berkata, pihakya menyasarkan 53.2 peratus penurunan jenayah.

“Kalau kita lihat persepsi rakyat tidak mencapai 47 peratus dalam perkara ini dan masyarakat sebenarnya perlu memberi kepercayaan dengan keupayaan dan aset polis dalam pembanterasan jenayah dan menjaga ketenteraman awam dalam negara,” ujarnya.- MalaysiaGazette