ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian khas berjumlah RM2,000 kepada penjawat awam negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM14 juta.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Disember ini, dan bayaran kali kedua menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Katanya pemberian khas itu bagi menghargai usaha dan tugas kira-kira 6,000 penjawat awam negeri yang selama ini berperanan selaku ‘jantung’ pentadbiran kerajaan dan sentiasa menerapkan sikap wala’ dan berintegriti.

“Gabungan idea, curahan tenaga mereka, serta dedikasi dalam memastikan perancangan pembangunan diupaya banyak membantu pimpinan negeri untuk berterusan merangka agenda pembangunan rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah turut mengumumkan bahawa mulai Januari tahun depan, kerajaan negeri akan membayar sepenuhnya bil air bagi pengguna domestik yang mempunyai penggunaan 20 meter kiub ke bawah, bertujuan menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin rizab di kolam takungan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast