Home Ekonomi Pertumbuhan permintaan minyak dunia diunjur perlahan

Pertumbuhan permintaan minyak dunia diunjur perlahan

ABU DHABI – Edisi terkini Tinjauan Petroleum Dunia OPEC meramalkan minyak akan kekal sebagai sumber tenaga terbesar dunia dalam dua dekad akan datang, walaupun tenaga boleh diperbaharui semakin penting.

Perkara itu didedahkan dalam taklimat eksklusif kepada eksekutif industri kanan di Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC), edisi terkini Tinjauan Minyak Dunia menyatakan bahan bakar itu akan membekalkan hanya 27 peratus daripada keperluan tenaga di seluruh dunia pada tahun 2040, manakala gas asli akan pula menyumbang lebih daripada 25 peratus.

Senario ini akan menyaksikan permintaan minyak terus meningkat daripada 95.4 juta tong sehari pada 2016 untuk mencapai 111.1 juta tong sehari pada 2040, dengan ekonomi global berkembang sebanyak 3.5 peratus setahun pada masa itu.

Memenuhi permintaan ini memerlukan pelaburan keseluruhan sekitar AS$10.5 trilion merentasi operasi huluan, pertengahan dan hiliran.

Dalam pengenalannya kepada laporan itu, Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo menyatakan prospek 2017 lebih positif daripada tahun lalu, sebahagiannya hasil usaha pengeksport-pengeksport minyak untuk menstabilkan pasaran.

“Tahun lalu telah menjadi satu sejarah bagi OPEC dan industri minyak global. Sejak penerbitan Tinjauan Minyak Dunia pada awal November tahun lalu, pasaran minyak telah mengalami perubahan dan peralihan yang ketara. Sudah menjadi tempoh yang mana pengimbangan semula pasaran minyak global telah menjadi momentum penting, disokong oleh beberapa faktor penting,” kata Barkindo.

Meskipun prospek industri kukuh, Tinjauan Minyak Dunia meramalkan permintaan untuk minyak akan berkembang lebih perlahan daripada permintaan keseluruhan tenaga.

Tenaga diperbaharui akan menyaksikan pertumbuhan tahunan yang paling laju, pada kadar 6.8 peratus setahun, walaupun bahagian keseluruhan campuran tenaga hanya dijangka mencapai 5.4 peratus menjelang 2040 disebabkan asas permulaannya yang lebih rendah.

“Di samping penduduk global yang semakin berkembang dan kepentingan kritikal untuk mengurangkan kemiskinan tenaga, kadar pertumbuhan ini bermakna permintaan tenaga dijangka meningkat hampir 100 juta tong, setara minyak sehari antara tahun 2015 dan 2040,” kata Barkindo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast