SEOUL – Korea Electric Power Corp. (Kepco) akan bekerjasama dengan syarikat Malaysia, Tadmax Resources untuk membina loji tenaga gas di negara Asia Tenggara itu.
Syarikat utiliti Korea Selatan itu telah memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan Tadmax pada September lalu untuk membina loji tenaga berkeupayaan 1,300 MegaWatt di Pulau Indah, Selangor.
Kepco menguasai 25 kepentingan dalam projek bernilai AS1 bilion itu.
Projek tersebut menyasarkan mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia pada suku ketiga 2018 dan pembinaan akan bermula pada akhir 2019, lapor agensi berita Yonhap.
Loji itu dijangka siap pada 2023 dan akan membekalkan tenaga elektrik untuk Kuala Lumpir, kata Kepco. – Agensi