Home Dunia Mugabe muncul di majlis konvokesyen

Mugabe muncul di majlis konvokesyen

Robert Mugabe hadir di majlis konvokesyen Open University Zimbabwe. foto Agensi

HARARE – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe membuat penampilan pertamanya sejak tentera negara itu mengambil alih kuasa pada Rabu lalu.

Beliau menghadiri majlis konvokesyen di ibu negara, Harare.

Mugabe telah menjalani tahanan rumah selama beberapa hari.

Tentera mengambil alih kuasa selepas Mugabe berhadapan dengan pergolakan berhubung penggantinya.

Sebelum itu, Mugabe telah memecat naib presidennya, Emmerson Mnangagwa, didakwa untuk memberi ruang kepada isterinya, Grace Mugabe sebagai pemimpin Zimbabwe dan ketua Parti Zanu-PF.

Tentera berkata, ia “berhubung” dengan Mugabe dan akan memberi nasihat kepada orang ramai mengenai hasil perbincangan “secepat mungkin”.

Beberapa saksi memberitahu, Mugabe diberi sorakan oleh orang ramai selepas ia berucap di majlis tersebut. – MalaysiaGazette