KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Bhd berkata siasatan berhubung kehilangan pita magnetik yang mengandungi data sokongan pelanggan, masih diteruskan.

“Pada peringkat ini masih terlalu awal untuk bank membuat kenyataan lanjut mengenainya.

“Namun, kami yakin langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat dan pengukuhan proses dalaman, akan menjamin keselamatan ‘transaksi’ pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Mohamad Fuzi Harun pada Khamis bahawa kehilangan itu berpunca daripada kecuaian petugas bank.

IGP juga berkata tidak wujud sebarang elemen sabotaj.

“Kami menegaskan bahawa data kesahihan pelanggan seperti nombor pengenalan peribadi, kata laluan, atau nombor nilai pengesan kad kredit juga selamat,” kata CIMB Group.

Pada 10.10 pagi, saham CIMB meningkat lapan sen kepada kepada RM6.

— BERNAMA