Dewan Rakyat kecoh bila pembangkang dakwa speaker ‘penipu’

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila kumpulan ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang didakwa menangguhkan proses pengundian bagi meluluskan jawatankuasa dasar Bajet 2018.

Dalam sidang media oleh kumpulan pembangkang, Lim Guan Eng berkata, tindakan Ronald yang melengehkan proses undian tersebut bagi memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional membuat undian, melanggar peraturan mesyuarat dewan.

Ekoran itu, berlaku jerit-menjerit dalam kalangan ahli-ahli parlimen pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Pandikar.

Antara yang dilaungkan oleh mereka termasuklah ‘speaker tipu’.-MalaysiaGazette