KUALA LUMPUR – Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2017.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS), dalam kenyataannya hari ini berkata, jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi dan akan dibuka semula selepas selesai acara larian tersebut.

PLUS berkata orang ramai yang perlu keluar-masuk antara kawasan pulau dan tanah besar dinasihati supaya menggunakan perkhidmatan feri yang akan beroperasi 24 jam atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah sebagai laluan alternatif.

“Orang ramai juga dinasihati mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan PLUS,” katanya- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast