Danny Rose.

MANCHESTER – Manchester United bersedia membayar £40 juta kepada Tottenham Hotspur untuk mendapat pertahanan kiri, Danny Rose pada perpindahan Januari ini.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, Luke Shaw hampir pasti akan meninggalkan United dan kemungkinan secara pinjaman.

Daily Mail melaporkan, Matteo Darmian pula akan dikekalkan atas faktor sebagai seorang pemain yang versatil dan boleh bermain di pelbagai posisi.

Rose diketepikan dari skuad Spurs menentang Arsenal kelmarin walaupun dia telah cergas daripada kecederaan.

Pengurus Mauricio Pochettino memberi alasan Rose memerlukan masa untuk lebih cergas selepas berehat lama akibat kecederaan.

Namun Rose telah beraksi dalam tiga perlawanan selepas kembali daripada cedera sebelum menentang Arsenal. – MalaysiaGazette