Zlatan Ibrahimovic.

MANCHESTER – “Jika orang tahu mengenai kecederaan sebenar, mereka akan terkejut apabila saya dapat bermain semula”, kata penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang yang tersisih sejak April lalu mendedahkan, kecederaannya itu lebih teruk daripada Anterior Cruciate Ligament (ACL) tetapi dia akan menyimpan pengalamannya itu secara peribadi.

“Itulah sebabnya saya memilih untuk tidak bercakap. Dalam proses pemulihan saya, saya tidak terlalu tergesa-gesa dan saya telah keluar selepas enam setengah bulan.

“Saya telah mengikuti prosedur dan jadual saya hari demi hari. Satu-satunya rahsia adalah saya telah bekerja keras. Mereka yang dekat dengan saya tahu apa yang saya lakukan apabila bekerja lima hingga enam jam sehari,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Manchester Evening News.

Ibrahimovic menambah, apabila insiden itu berlaku, dia berkata, berhenti bermain bukan satu pilihan.

Jelasnya, dia komited memberi tumpuan hanya mahu kembali dengan lebih baik.

“Fikiran saya mahu saya terus bermain, bukan lutut saya kerana ia perkara kedua. Dengan pengalaman dan kerjaya saya, saya tahu apa yang perlu saya lakukan, tetapi saya rasa baik dan harus jujur.

“Hari ini saya bangga dengan semua orang di sekeliling saya kerana saya tidak melakukannya sendiri.

“Terima kasih kepada para penyokong untuk mengekalkan motivasi saya, kelab ini percaya kepada saya dan keluarga saya dengan jelas. Mereka semua menjadi orang penting,” ujar pemain antarabangsa Sweden itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast