Foto Instragram Georgina Rodriquez.

MADRID – Kekasih bintang dunia Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriquez mengejutkan golongan ibu apabila dia kembali ke gimnasium selepas lapan hari lalu melahirkan bayi perempuan.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, model kelahiran Sepanyol itu memuatnaik video dia sedang melakukan senaman.

Lebih mengejut Georgina, 23, tampil dengan bentuk yang kekal langsing seperti bukan baru bersalin.

Seperti dijangka, video tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya.

Ada yang memuji Georgina sebagai seorang wanita yang luar biasa.

Namun tidak kurang juga memberi nasihat agar tidak terlalu awal untuk kembali ke gimnasium.

Mereka berpendapat Georgina sepatutnya berehat sahaja di rumah.

Dalam pada itu, Georgina turut berkongsi gambarnya bersama ahli keluarga dengan bayi perempuannya yang diberi nama Alana Martina serta anak kembar Ronaldo, Mateo dan Eva.

“Hari keluarga,” tulisnya pada kapsyen gambar itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast