Royal Johor mencatatkan kemenangan cemerlang 9-5 ke atas JCorp pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Padang Polo DiRaja, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Royal Johor mengesahkan slot ke perlawanan akhir Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 selepas mencatatkan kemenangan cemerlang 9-5 ke atas JCorp.

Pengesahan tersebut apabila mencatat kejayaan itu pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Padang Polo DiRaja, Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Royal Johor pada laluan terbaik untuk memburu gelaran juara sulung kejohanan gred tinggi (22-goal handicap) berkenaan.

Aksi pada separuh akhir turut memperlihatkan Tunku Ismail yang mula beraksi pada Chukka 4 menyumbang tiga daripada sembilan jaringan keseluruhan buat Royal Johor.

Percaturan taktikal Royal Johor yang turut dibarisi bintang polo dunia, Pablo ‘Polito’ Pieres, ternyata sukar ditandingi skuad JCorp sepanjang saingan, sekali gus meneruskan rentak penguasaan konsisten mereka dalam kejohanan paling berprestij itu.

Tunku Ismail yang mula beraksi pada Chukka 4 menyumbang tiga daripada sembilan jaringan keseluruhan buat Royal Johor.

Royal Johor dijadualkan bertembung dengan Temasek pada aksi kemuncak perlawanan akhir yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Aksi berkenaan dijangka menyajikan pertembungan sengit barisan pemain antarabangsa berprofil tinggi dengan Temasek dipimpin oleh pemain berkaliber dunia, Ignatius ‘Nachí’ Du Plessis.

Berangkat menyaksikan perlawanan isteri baginda, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor; Tunku Iskandar Tunku Ismail, Raja Muda Johor; Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Penganjuran JSCPT 2026 terus melakar sejarah tersendiri dalam meletakkan Johor dalam peta sukan elit antarabangsa, dengan menampilkan pemain-pemain yang pernah beraksi di kejohanan berprestij dunia seperti Argentine Open.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here