AMSTERDAM – Masalah teknikal di Lapangan Terbang Schiphol menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa ditangguhkan.
Lapangan itu merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk di Eropah.
Jurucakap Kawalan Lalu Lintas Udara Belanda tidak dapat memberikan butiran masalah atau mengatakan berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Masalah itu telah menjejaskan penerbangan masuk, kata jurucakap Schiphol.
Syarikat penerbangan terbesar negara itu, Air France-KLM berkata, ia telah membatalkan 10 penerbangan dan sedang menunggu maklum balas dari pengawal trafik udara.
Eurocontrol, organisasi Eropah yang menyelaras dan merancang kawalan lalu lintas udara berkata, sejumlah besar penerbangan ke Schiphol ditangguhkan lebih daripada 30 minit.
Dalam notis itu ia berkata, kapal terbang boleh memilih untuk beralih ke lapangan terbang lain.
Kerosakan komputer utama pada bulan Februari melumpuhkan trafik di Schiphol selama berjam-jam, menyebabkan penangguhan atau pembatalan pada lebih daripada 100 penerbangan.
Schiphol menerima lebih daripada 63 juta penumpang pada 2016, menjadikannya lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah selepas Heathrow, London dan Charles de Gaulle di Paris. – MalaysiaGazette