KUALA LUMPUR – Permohononan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 akan dibuka bermula pada 27 November hingga 31 Disember tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan permohonan tersebut boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Borang tersebut juga boleh dimuat turun di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Melalui pautan sama, pemohon juga boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan secara atas talian.

Bagi pasangan yang menerima BR1M 2017 yang meninggal dunia atau pemohon yang gagal atau tidak layak sebelum ini, adalah diminta agar membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.

Manakal bagi penerima BR1M sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast