PETALING JAYA – Sejumlah 50 peserta dari seluruh dunia akan berentap untuk merebut gelaran edisi ke-20 Ratu Cantik ‘Miss Toursim International 2017’ di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa di sini, pada 6 Dis ini.

Pengasas dan Presiden D’Touch International Sdn. Bhd.,Tan Sri Danny Ooi berkata, selaku penganjur, pihaknya turut membantu Tourism Malaysia dalam mempromosikan ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ bagi mencapai sasaran 33 juta pelancong melawat negara ini pada tahun berkenaan.

“Kami bercadang menambah penyertaan kepada 60 peserta pada tahun depan, 70 pada 2019 dan 80 peserta dari seluruh dunia pada tahun 2020,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada pertandingan pusingan akhir dunia itu, Malaysia akan diwakili pelajar berusia 24 tahun, Melissa Ng Sook Khuan, yang juga merupakan model sambilan.

Pertandingan bertemakan: Mempromosikan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan itu turut menyaksikan perebutan lima lagi gelaran sampingan iaitu Miss Tourism International Metropolitan 2017/2018, Miss Tourism Global 2017/2018, Miss Tourism Cosmopolitan International 2017/2018, Dreamgirl
Of The Year International 2017/218 serta gelaran khas Miss South East Asia Tourism Ambassadress.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast