Home Ekonomi 22 penerbangan di KLIA, klia2 dibatalkan hari ini

22 penerbangan di KLIA, klia2 dibatalkan hari ini

Gunung Agung yang meletus menyebabkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, melibatkan laluan Lombok dan Bali dibatal hari ini  berikutan letusan Gunung Agung di Bali, Indonesia.

Penerbangan ke KLIA yang dibatalkan ialah Malaysia Airlines MH714, MH850, MH852, Malindo Air OD325, OD158 dan OD305.

 Manakala penerbangan yang berlepas dari lapangan terbang itu ialah MH715, MH851, MH853, OD324, OD306, OD157 serta Batik Air ID6017, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
AirAsia turut membatalkan sembilan penerbangan dari dan klia2, iaitu AK309, AK377, AK307 serta AK379, AK308, AK376, AK306, AK378 dan AK374. – MalaysiaGazette