Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh Malaysia yang meningkat 4.2 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga tahun ini kepada RM82,456 selepas mencatatkan 4.0 peratus (RM79,693) pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan ini adalah selari dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 6.2 peratus.

Pada masa yang sama, pekerja meningkat 2.0 peratus berbanding 1.8 peratus pada S2 2017, menurut Jabatan Perangkaan.

Sektor pertanian meningkat 5.2 peratus pada RM56,565 daripada negatif 1.2 peratus pada suku sebelumnya.

Nilai ditambah sektor ini tumbuh 4.1% (S2 2017: 5.9%) manakala pekerja susut 1.1 peratus (S2 2017: 7.2%).

Produktiviti buruh sektor perlombongan dan pengkuarian mencatatkan nilai RM999,423 pada suku ketiga  2017.

Pertumbuhan produktiviti buruh sektor ini terus jatuh kepada negatif 8.5 peratus (S2 2017: -3.3%).

Menurutnya, pertumbuhan produktiviti buruh sektor pembuatan meningkat kepada 5.1 peratus (RM112,205) daripada 4.3 peratus pada suku kedua  2017.

Pertumbuhan nilai ditambah berkembang kukuh pada 7.0 peratus (S2 2017: 6.0%) sementara pekerja meningkat sedikit sebanyak 1.7 peratus (S2 2017: 1.6 peratus).

Produktiviti sektor pembinaan meningkat sebanyak 4.8 peratus (S2 2017: 8.7%) dengan nilai RM44,011 berikutan prestasi yang lebih perlahan dalam nilai ditambah pada 6.1 peratus (S2 2017: 8.3%).

Sektor perkhidmatan merekodkan pertumbuhan produktiviti buruh 3.7 peratus (RM73,384) berbanding 5.2 peratus pada suku sebelumnya.

Dari segi nilai ditambah, sektor ini berkembang 6.6 peratus (S2 2017: 6.3%) manakala pekerja meningkat 2.7 peratus (S2 2017: 1.1%). – MalaysiaGazette