David Silva.

MANCHESTER – Jodoh pemian tengah David Silva bersama Manchester City berpanjangan apabila dia menyambung kontrak sehingga tahun 2020.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu kini menjadi antara tonggak penting Pep Guardiola di Stadium Etihad.

Gandingan Silva, 31, bersama Kevin De Bruyne dianggap terbaik skuad Guardiola sepanjang musim ini.

City mencatat rekod 19 kemenangan berturut-turut dalam semua perlawanan dan turut mengungguli carta kedudukan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Menurut laman rasmi City, Silva melahirkan rasa embira apabila meneruskan komitmen di kelab itu

“Saya mememangnya berbangga dengan apa yang dicapai sepanjang tujuh tahun setengah berada di City.

“Dengan bimbingan Pep, kami yakin berada di dan gelaran selepas ini,” ujarnya di laman rasmi kelab. – MalaysiaGazette