Oplus_16908288

TANGKAK – Tidak sampai 24 jam polis dapat menyelesaikan dua kes samun dan satu kes curi sekitar Sungai Mati dan Bukit Gambir selepas berjaya menahan seorang lelaki di sebuah homestay di sini pada 5 September lalu.

Tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan suspek pukul 8.05 malam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, suspek iaitu lelaki tempatan ditahan di homestay di Bukit Gambir pada hari yang sama selepas terlibat dalam dua kes samun serta satu kes curi motosikal.

“Siasatan mendapati suspek terlibat dalam dua kejadian samun pada awal pagi 5 September 2026 di kawasan Sungai Mati, termasuk satu kes curi motosikal di kawasan Bukit Gambir pada sebelah petang hari yang sama.

“Dalam operasi ini polis turut merampas beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes-kes berkenaan, termasuk barangan peribadi milik mangsa serta peralatan yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang turut terlibat dalam kejadian ini.

Menurutnya, suspek berkenaan bernama Shahrir Zainal Abidin atau dikenali sebagai Botak berusia 43 tahun dengan alamat terakhir No.1, PTD 4253, T/L TKH 19, Jalan Sungai Burung, Pekan Nenas, Pontian.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurul Amira Ibrahim 011-61565593, hotline IPD Tangkak 06-9785222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here