Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor mencuri perhatian perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hari ini apabila beliau diminta bangun sebelum menerima tepukan gemuruh daripada seluruh dewan.

Rosmah yang kelihatan ceria berbaju kurung merah hadir sebagai tetamu istimewa pada perhimpunan itu ketika perhatian UMNO terus tertumpu kepada perkembangan terbaharu berkaitan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika memperkenalkan Rosmah kepada perwakilan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi bayangan mengenai kemungkinan berita baik yang dinanti-nantikan.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 11 SEPTEMBER 2026.

“Kita juga ada seorang tetamu istimewa. Kita ada Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah, kita minta bangun supaya para perwakilan dapat memberikan penghargaan atas keberadaan.

“Mudah-mudahan ada berita paling baik pada hari ini, insya-Allah,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Ucapan berkenaan disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan manakala Rosmah terus kelihatan ceria ketika menerima penghargaan tersebut.

Terkini, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Perkembangan itu bermakna permohonan berkenaan belum diputuskan dalam mesyuarat hari ini yang turut menjadi tumpuan penyokong Najib dan kepimpinan UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here