Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menerima tepukan pada Perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Pehimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. IQBAL BASRI, 05 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR –  Pergerakan Puteri UMNO bersedia mengenepikan kepentingan peribadi dan akan bekerjasama dengan sayap lain memastikan kemenangan besar dalam PRU-14.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ahli Puteri juga sudah sedia maklum yang mana pilihan raya umum akan datang adalah sangat kritikal dan mencabar dalam memastikan kelangsungan UMNO khususnya dan Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju negara.

“Jadi sekarang kita tidak bekerja sebagai satu sayap tetapi mengambil `nafas’ sebagai satu keluarga untuk sama-sama menempuh cabaran yang sangat besar dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu Puteri melihat ini adalah masa terbaik untuk kita tetapkan segala kesefahaman bersama dan ketepikan perbezaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berswafoto bersama perwakilan pada Perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Pehimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. IQBAL BASRI, 05 DISEMBER 2017