SINGAPURA – Singapore Airlines (SIA) telah mengubah laluan penerbangannya Seoul-Los Angeles sejak Julai lalu sebagai langkah keselamatan terhadap ujian peluru berpandu Korea Utara.

SIA berkata, langkah itu diambil selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu pada 27 Julai lalu ke Laut Jepun.

Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu tanpa sebarang notis awal, boleh menimbulkan kebimbangan kepada pesawat-pesawat komersial.

Persatuan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICOA) pada Oktober lalu mengutuk Korea Utara yang secara berulang-ulang melancarkan peluru berpandu balistik yang disifatkan memberi ancaman serius kepada keselamatan penerbangan awam antarabangsa.

Korea Utara telah menyertai ICOA pada tahun 1977, diwajibkan memberi notis terlebih dahulu mengenai apa-apa aktiviti yang boleh mengancam keselamatan pesawat awam.

Pyongyang telah menembak 23 peluru berpandu dalam 16 ujian sejak Februari, menurut laporan.

Yang terbaru baru-baru ini, pada 29 November lalu, Korea Utara membedil peluru berpandu sejauh kira-kira 1,000 kilometer sebelum di dalam Zon Pengasingan Ekonomi maritim Jepun.

Anak kapal, sekurang-kurangnya dalam tiga penerbangan komersil dalam pesawat Korean Air dan Cathay Pacific melaporkan melihat peluru berpandu di udara.

Krew di sekurang-kurangnya tiga penerbangan komersil di Korean Air dan Cathay Pacific telah melaporkan melihat peluru berpandu di udara.

Singapore Airlines berkata, pada masa ini, laluan penerbangannya tidak melintang di sekitar landasan peluru berpandu untuk mengelakkan bahagian utara Laut Jepun.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan kami dan kami akan mengubah laluan apabila ada keperluan,” kata SIA. – MalaysiaGazette