GAZA CITY – Lebih 120 mayat rakyat Palestin ditemui dari runtuhan dua hari selepas tentera Israel meninggalkan kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza yang menjadi penempatan pelarian Palestin sejak 70 tahun lalu.
Sumber perubatan di Hospital Kamal Adwan memberitahu Anadolu bahawa kru kecemasan dan pasukan pertahanan awam telah menemui lebih 120 mayat Palestin dari jalan yang musnah dan di bawah runtuhan bangunan.
Pada hari Jumaat, tentera Israel mengisytiharkan menamatkan serangan di kawasan Jabalia selepas 20 hari melakukan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.
Di tengah-tengah dakwaan bahawa Tel Aviv menyembunyikan angka korban yang tepat, serangan itu turut meragut nyawa 10 tentera Israel.
Hampir 36,400 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza sejak Israel memulakan serangan hampir lapan bulan lalu. Majoriti mereka yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak, dengan lebih 82,400 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Serangan 7 Oktober yang diketuai Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang askar dan rakyat Israel.
Kawasan Gaza yang pula telah musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang dilakukan Israel.-Agensi