Gambar hiasan

KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan kesemua 32 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat, Mohd Joharye Shafie berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan Bunohan di Tumpat, yang menempatkan mangsa terbabit ditutup pada 1 tengah hari.

Kesemua mangsa terjejas adalah dari Kampung Kajang Sebidang, Kampung Jelujok dan Kampung Kubang Sawa, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata sebelum ini mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana fenomena ‘banjir termenung’ iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast