KAMPAR – Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penumpang semalam.

Tertuduh N. Shasikumar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Shasikumar didakwa memandu kenderaan tersebut di jalan raya secara melulu sehingga menyebabkan kematian Chan Kwai Fah, 43, di KM 294.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Kampar kira-kira jam 5.45 pagi, semalam.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast