Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada senarai sukan teras negara berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.

Katanya prestasi yang semakin merosot selain pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atlet sukan itu dalam ujian doping adalah punca utama angkat berat digugurkan, sementara sepak takraw dan taekwondo digugurkan kerana tidak menunjukkan peningkatan prestasi.

“Prestasi angkat berat negara semakin merosot dan atlet-atlet menghadapi masalah disiplin dengan tujuh kes doping dilaporkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) sejak empat tahun lepas. Sepak takraw pula dari aspek pembangunan tidak sangat diberi tumpuan dan ranking dunia digugat oleh negara-negara baharu.

“Pencapaian taekwondo kita pula sangat tidak memuaskan. Sukan ini tidak mempamerkan pencapaian yang positif dan kemelut sukan taekwondo masih gagal menyatukan penggiat sukan itu,” katanya.- BERNAMA

Comments are closed.