SINGAPURA – Airbus SE mungkin akan mengurangkan pengeluaran pesawat superjumbo A380nya kepada enam atau tujuh setahun.

Bagaimanapun, keputusan muktamad masih belum dibuat, demikian menurut Ketua Pegawai Operasinya, Fabrice Bregier berhubung tanda tanya mengenai nasib pesawat dua tingkat itu.

A380 terpaksa berhadapan dengan jualan yang semakin merosot di samping permintaan lebih tinggi pesawat dua enjin yang lebih kecil dan menjimatkan.

Airbus sebelum ini pernah membuat pengumuman untuk mengurangkan pengeluaran kepada 12 pesawat setahun pada 2018 berbanding 30 ketika zaman kemuncaknya.

“Kami percaya boleh mengeluarkan pesawat sebanyak enam hingga tujuh setahun,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast