Jose Mourinho

ENGLAND – Jose Mourinho memberi bayangan bahawa pemburuan Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum berakhir lagi.

Pengurus the Red Devils itu tidak mahu menolak saingan takhta EPL berakhir walaupun mengejar rapat Manchester City dengan perbezaan 11 mata.

“Kalau saya anggap saingan EPL dengan City sudah berakhir dan menyerah kalah awal, saya sudah sepatutnya pergi bercuti ke Brazil atau Los Angeles.

“Saingan belum berakhir lagi kita ada masa sehingga Mei depan, akan terus memberi tekanan kepada Man City dengan menang setiap perlawanan selepas ini,” katanya.

Man United menang 1-0 ke atas Bournemouth dalam aksi EPL awal pagi Rabu.

Gol tunggal MU telah dijaringkan penyerang pasukan Romelu Lukaku.

Minggu lalu MU kalah tipis 1-2 kepada jirannya hasil jaringan David Solva dan Nicolas Otamendi.

Mourinho sedang berusaha menjulang gelaran EPL keempat dibawah kariernya dan yang pertama bersama Man United kali ini.

Pasukan itu kali terakhir menjulang EPL ialah yang ke-20 pada tahun 2012.

Musim lalu Man United menamatkan saingan liga di tempat keenam walaupun menjulang Liga Europa dan Piala Liga EFL musim lalu.- MalaysiaGazette