
MANCHESTER – Manchester United dilaporkan mula memantau pemain sayap Bordeaux, Malcom yang kini menampilkan aksi memukau di Ligue 1 Perancis.
Menurut Mail Online, pengurus, Jose Mourinho dikatakan telah mengarahkan pasukan pemantau bakatnya untuk menilai perkembangan pemain antarabangsa Brazil itu.
Pemain berusia 21 tahun itu turut dikaitkan pada jendela perpindahan Januari depan.
Malcom yang berhijrah ke Bordeaux dari Corinthians pada 2016 mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjaringkan tujuh gol dalam 16 perlawanan dalam Ligue 1 Perancis.
Manchester United dikatakan memburu pemain sayap selepas mengenal pasti pemain skuad Brazil di bawahumur 23 tahun (U23) sebagai salah satu sasaran utama.
Bagaimanapun, United perlu membuat tawaran bernilai £30 juta (RM163 juta) kepada pasukan Ligue 1 yang dikatakan enggan menjual bintang muda itu. – MalaysiaGazette















