KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Farid Kamil mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan meminta nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu.

Dalam media sosial Mahathir, Farid yang baru sahaja menerima pangkat Datuk kelihatan gembira bertemu bekas pemimpin negara yang kini mengetuai pakatan pembangkang.

“Artis mempunyai ramai pengikut.Kita kena guna pengaruh itu untuk kebaikan. Dalam al-Quran ada sebut amar makruf nahi mungkar,” kata Mahathir dalam satu rakaman video hari ini.

Farid dianugerahi pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 16 Disember lalu selain Aaron Aziz.

Anugerah itu diterima di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast