Pablo Dybala.

TURIN – Bintang Juventus, Paulo Dybala kembali mencetuskan spekulasi ke Manchester United apabila ejen yang juga abangnya, Gustavo telah mengada rundingan dengan kelab itu.

Gustavo sebelum ini juga telah bertemu dengan Real Madrid untuk berbincang mengenai masa depan adiknya.

Namun Dybala selesa menjadikan Old Trafford sebagai pilihan utamanya berbanding Santiago Bernabeu kerana dia mahu bekerjasama dengan Paul Pogba.

Kedua-dua pemain dikenali sebagai rakan baik di Turin dengan Dybala pernah menyifatkan perpindahan Pogba amat memberi kesan kepada dirinya.

Pogba pula menghangatkan lagi spekulasi Dybala ke Old Trafford apabila memuatnaik imej dia sedang membuat panggilan video dengan Dybala dalam laman Instagramnya.

Walaupun tidak menjaringkan gol sejak pertengahan November lalu, Dybala kekal penjaring terbanyak kelab Itali itu dengan 12 gol.

Rancangan televisyen Itali, RAI Sport melaporkan Dybala yang bernilai sekitar 155 juta pound sterling mahu angkat kaki dari Turin.

Dia dipercayai tidak sebulu dengan pengurus Max Allegri menyebabkan dia sekadar memanaskan bangku simpan dan dua aksi liga baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast