Datuk Ahmad Yakob
Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Hasrat PAS Pahang untuk meletakkan 10 peratus calon bukan Islam bagi bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih di peringkat cadangan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata kebiasaannya sesuatu cadangan yang berkaitan dengan dasar parti, ia akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

“Kita menganggap ia sebagai cadangan biasa sahaja dan bergantung atas sesebuah negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hududullah di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Kelantan juga mempunyai cadangan yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan hanya berkata ia bergantung kepada negeri masing-masing.

Pada 23 Disember lepas, PAS Pahang dilaporkan akan meletakkan 10 peratus calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU14.

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata calon terbabit akan dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS.- BERNAMA

2 Komen

Comments are closed.