Home Nasional Rolls Royce milik Aliff Syukri disita dalam Ops Patuh

Rolls Royce milik Aliff Syukri disita dalam Ops Patuh

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah Rolls Royce dipercayai didaftarkan di bawah syarikat D’herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak.

Adalah menjadi kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan disewa oleh seorang lelaki warga negara Australia sebelum disita.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, kenderaan itu menggunakan LKM Sarawak dengan bayaran kira-kira RM5,000 berbanding kira-kira RM20,000 di Semenanjung, katanya kepada pemberita selepas Ops Patuh di sini.

Mengulas mengenai operasi yang dijalankan di ibu negara, Wan Ahmad Uzir berkata, operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

Dalam pada itu, seramai 65 warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Australia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast