Foto Instagram Azad Jasmin.

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon, Azad Jazmin dan Eira Syazira selamat menimang cahaya mata ketiga mereka hari ini.

Eira melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur secara pembedahan.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami tengahari tadi.

“Nampaknya saya masih ada harapan untuk dapatkan anak lelaki

“Apa pun erima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan isteri saya,” katanya yang membuat video secara langsung di laman sosial Instagram miliknya sebentar tadi.

Eira sebelum itu melahirkan dua anaknya juga secara pembedahan.

Azad dan Eira berkahwin pada 16 September 2011 dan mereka turut dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leann Rose yang baru berusia setahun. – MalaysiaGazette