Armand Azha
Armand Azha

PUTRAJAYA – Pemuda Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan menuntut ilmu dengan Pemuda UMNO dalam memperjuangkan rakyat khususnya generasi muda dalam negara, kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Ujarnya, tawaran sayap PH yang disuarakan dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini bukanlah perkara baru dan tidak akan menarik minat belia.

“Majoriti yang mereka katakan dalam himpunan mereka adalah copy and paste (tiru) sahaja dari UMNO.

“Kita bukan cakap-cakap tapi tak buat tapi konvensyen mereka semua yang Pemuda Pakatan Harapan nak bawa bagi saya copy and paste.

“Pemuda Harapan come and learn from BN (marilah datang dan belajar dari Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita.

Jelas beliau, perjuangan untuk anak muda khususnya melibatkan kos sara hidup adalah perjuangan Pemuda UMNO yang telah dijadikan dasar.

Sebagai contoh, fokus Pemuda PH katanya, berkaitan dengan rumah belia telah diperjuangkan oleh Pemuda UMNO menerusi pelaksanaan Rumah Transit.

“Perkara yang diminta daripada awal semua telah dilaksanakan oleh Pemuda UMNO, contoh kos sara hidup UMNO sudah tiga empat tahun lawan.

“Nak cakap tentang kepentingan belia, kita dah lawan Rumah Transit dah jadi pelaksanaan dasar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pra-pelancaran Malaysia Cybergames 2018 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

Antara tawaran Pemuda PH baru-baru ini adalah pelaksanaan kad pengangkutan awam, penubuhan pusat pekerjaan di setiap negeri dan menggabungkan badan perumahan berkanun sebagai badan perumahan berpatutan, berkualiti serta memperbanyakkan rumah mampu milik. – MalaysiaGazette