Othman Aziz

KUBANG PASU – Sejumlah RM5.8 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) direkodkan sehingga Disember tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata orang ramai digesa membuat semakan dan sekiranya mempunyai WTD boleh membuat tuntutan di mana-mana pejabat Jabatan Akauntan Negara.

Kemudahan untuk membuat semakan WTD turut disediakan menerusi Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) pada Karnival Jerlun For Jerlun pada 9 dan 10 Feb depan, kata Othman yang juga anggota Parlimen Jerlun pada sidang media berhubung karnival itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata sejumlah 16 agensi kerajaan berserta JobStreet yang akan menawarkan kira-kira 500 peluang kerja membabitkan pelbagai sektor akan terlibat dalam karnival yang akan diadakan di Kompleks Sukan Jerlun di Sanglang dekat sini.

Karnival itu menyasarkan 15,000 pengunjung, katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast