Home Dunia Mexico tidak akan bayar bina tembok

Mexico tidak akan bayar bina tembok

MEXICO CITY – Mexico tidak akan membayar untuk pembinaan tembok yang dirancang ole Donald Trump di selatan sempadan Presiden Donald Trump yang dirancang, kata Menteri Ekonomi Mexico.

Ildefonso Guajardo membuat komen itu selepas Trump sekali lagi menegaskan yang Mexico akan menanggung pembayaran tembok berkenaan.

“Presiden Mexico (Enrique Pena Nieto) sudah jelas. Mexico tidak akan membayar untuk tembol ini,” Guajardo berkata menerusi Twitter selepas satu hari mesyuarat di Washington.

Trump dalam satu wawancara all Street Journal pada hari Khamis berkata, Mexico akan menanggung bayaran pembinaan tembok bagi membendung pendatang haram, “secara tak langsung” melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

Trump akan menarik diri dari NAFTA jika perjanjian itu tidak boleh dirundingkan semula bagi memihak kepada Amerika Syarikat.

Guajardo melalui Twitter berkata, sempadan tembok tidak pernah dibincangkan pada bila-bila masa semasa pertemuannya dengan pegawai Amerika Syarikat atau pun dalam rundingan untuk mengolah semula NAFTA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast